Kami mencipta produk kami dengan penuh perhatian

Misi Kami

Kami ingin membuat perubahan, jadi kami mencipta produk berkualiti tinggi yang mengandungi kebaikan susu, tambah dengan nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tulang kuat.

Susu kalsium tinggi pertama kami, Anlene, dilancarkan pada tahun 1991.

Kami memperkenalkan jenama Anlene, susu kasium tinggi pertama kami pada tahun 1991. Produk ini bersama dengan acara imbasan tulang, memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai tentang kepentingan untuk menjada kesihatan tulang agar mereka boleh kekal aktif bergerak.

Menjuarai orang dewasa dalam zaman kejayaannya

Sejak itu, kami telah beralih fokus daripada kesihatan tulang, kepada rangkaian produk yang menyokong kesihatan dan gaya hidup aktif untuk orang dewasa semua peringkat umur. ​

Akan tetapi, satu perkara keka tidak berubah: kepercayaan kami bahawa semua produk harus diformulisasikan untuk menyokong keperluan kesihatan anda. Setiap formulasi dicipta dengan teliti oleh pakar sains penyelidikan, pakar nutrisi, dan pembangun produk kami untuk mengandungi nutrien-nutrien penting yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan anda. ​

Kerana hidup dalam zaman kejayaan anda bukan hanya tentang kesihatan, ia juga bermaksud anda boleh melakukan perkara yang anda nikmati bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. ​

Hari ini, produk kami terdapat di 18 negara di seluruh dunia, dan menyediakan nutrisi susu untuk orang dewasa di semua peringkat umur agar mereka boleh menjalani kehidupan dengan sepenuhnya.

Anlene – Memajukan kesihatan mobiliti dan penuaan

Di Anlene, komitmen kami untuk menyokong penuaan yang sihat untuk orang dewasa semua peringkat umur adalah berdasarkan penyelidikan dan inovasi selama 25 tahun. Sebagai peneraju global dalam sains nutrisi, kami telah melabur secara meluas untuk memahami bagaimana menyokong Kesihatan tulang, sendi dan otot – bukan sahaja untuk pergerakan tetapi juga untuk kesejahteraan keseluruhan. Penyelidikan kami merangkumi banyak kajian, termasuk ujian klinikal yang memberi pandangan berharga tentang bidang penuaan yang sihat.

Kelestarian Kami

Sumber dan Penafian Data:

[1] Daripada 15 negara pengeluar tenusu teratas (berdasarkan jumlah eksport produk tenusu tahunan pada tahun 2023 termasuk New Zealand), hanya Ireland yang mengamalkan model berasaskan padang rumput yang serupa dengan New Zealand. Berdasarkan data Ireland yang dibentangkan dalam O’Brien et al. 2018, lembu tenusu di Ireland mempunyai akses ke padang rumput, secara purata, selama 255 hari setiap tahun. Data Fonterra menunjukkan bahawa di New Zealand, lembu-lembu petani kami menghabiskan, secara purata, 97% daripada masa mereka yang tidak diperah susu di luar padang rumput, yang bersamaan dengan lebih daripada 350 hari dalam setahun secara purata. Ini dikira setiap tahun dan dilaporkan sebagai purata tiga tahun berturut-turut.

[2] Data daripada pemegang saham petani Fonterra di New Zealand selama tiga musim terakhir (meliputi tempoh 1 Jun 2021 – 31 Mei 2024) menunjukkan bahawa, secara purata, 96% diet lembu Fonterra berdasarkan "seperti yang dimakan" adalah rumput dan padang rumput (yang bersamaan dengan 89% berdasarkan "bahan kering") dan 97% masa lembu-lembu tersebut dihabiskan di luar padang rumput.

[3] Kerajaan New Zealand melarang penggunaan antibiotik dan hormon pertumbuhan dalam lembu tenusu di New Zealand.

 

Penafian Artikel:
Maklumat yang terkandung dalam halaman web ini direka untuk memberikan gambaran ringkas mengenai sifat dan ciri-ciri produk kami pada tarikh penyediaannya. Ia tidak merupakan pernyataan atau jaminan mengenai ciri-ciri tersebut, fungsi atau potensi aplikasi produk kami, dan anda perlu memastikan perkara-perkara ini dengan merujuk kepada spesifikasi produk terperinci kami, keadaan khusus anda, dan peraturan pasaran yang berkenaan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.