Bergerak Bersama di 3 Taman Rekreasi yang Hebat
Pasangan yang bergerak bersama, akan kekal bersama! Bosan asyik bersenam di dalam rumah atau trek di kawasan kejiranan yang sama? Cubalah kunjungi 3 taman rekreasi ini untuk menikmati udara yang nyaman sambil bersenam bersama pasangan anda!
TAMAN REKREASI LEMBAH KIARA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
Kawasan rekreasi yang menawarkan latar belakang hijau dalam kesibukan kota ini juga dikenali sebagai Taman Rekreasi Bukit Kiara. Anda boleh melakukan semua jenis aktiviti sukan, daripada berjalan dan berjoging, hinggalah mendaki bukit dan berbasikal kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti trek joging, stesen senaman. Kawasan piknik pula sangat sesuai untuk meluangkan masa makan tengah hari bersama pasangan anda!
TAMAN KLCC
Taman ini terkenal dengan air pancut berwarna-warni dan taman permainan yang besar, ia juga mempunyai kawasan hijau yang sesuai untuk berehat. Taman KLCC sememangnya sinonim dengan gabungan elemen ciptaan manusia seperti simen dan spesis tumbuhan yang jarang ditemui, serta mempunyai banyak kemudahan untuk para pasangan yang menjalani cara hidup yang lebih aktif dan sihat, seperti trek jogging sepanjang 1.3 km, pondok-pondok dan bangku serta siar kaki yang bercorak!
TAMAN TASIK TITIWANGSA
Dengan pemandangan yang menarik, tasik ini sangat sesuai jika anda berminat dengan aktiviti berpasangan! Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bot kayuh, kanu dan juga menunggang kuda jika anda sukakan sukan equestrian! Di sini terdapat banyak stesen senaman dan ruang piknik yang luas dan sukan seperti badminton dan berbasikal untuk anda berdua.
Kami berharap cadangan ini akan menjadikan anda dan pasangan anda semakin dekat ke arah kehidupan yang aktif dan mengembara ke arah tulang yang lebih kuat serta pergerakan yang lebih baik! Kuatkan azam untuk kekal cergas dan jangan lupa untuk menikmati ANLENE™ sebagai ganjaran bagi anda berdua!