CARA SAYA KEKAL CERGAS KETIKA SIBUK OLEH SHEILA MAJID

Sebagai seorang artis, saya memang sentiasa sibuk – terutamanya ketika dalam tour. Jadual saya memang padat dengan raptai, pemadanan pakaian, persiapan pentas dan lebih banyak raptai. Saya sentiasa bersedia dan berikut ialah cara saya melakukannya.

 

 

1.      SARAPAN ADALAH PENTING

Kata orang “Bersarapanlah seperti seorang Raja, makan tengahari seperti seorang Putera, dan makan malam seperti Si Papa kedana.” Sarapan yang berkhasiat dan mengenyangkan membantu saya kekal cergas dan produktif. Kini, saya pastikan saya meminum segelas Anlene setiap pagi kerana ia mudah disesuaikan dengan menu sarapan!

 

2.      BAWA BEKAL SNEK BERKHASIAT

Bila saya rasa kurang bermaya, saya akan mencari snek untuk dimakan. Dahulu, saya suka makan makanan ringan kerana ia lebih mudah. Tetapi, saya sedar bahawa ia tidak membantu. Mujurlah, saya menemui snek-snek yang lebih sihat! Antara kegemaran saya ialah kekacang, buah-buahan dan Anlene yogurt. Ia mengenyangkan dan membantu mengekalkan tenaga saya. Jadi, pilihlah snek yang sihat untuk dinikmati! 



3.      MULAKAN HARI DENGAN SENAMAN

Bangun pagi memang mencabar, inikan pula bersenam! Tetapi percayalah, ia memang berbaloi. Sebaik saja anda amalkan senaman pagi, anda akan dapat rasai perbezaannya dan akan terus mencabar diri dengan senaman. Bersenam di awal pagi membolehkan saya kekal segar dan terus bertenaga untuk kekal fokus sepanjang hari.

 

4.      MINUM AIR YANG SECUKUPNYA

Meminum air yang secukupnya adalah penting kerana kekurangan air akan menjadikan anda berasa letih dan kurang bertenaga. Saya sentiasa minum air yang mencukupi dan membawa sebotol air setiap kali melakukan penggambaran. 

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!