KEKAL AKTIF SEMASA RAMADAN Oleh Ras Adiba Radzi
Bagi sesetengah umat Islam, Ramadan boleh menjadi bulan yang mencabar untuk mencari kesimbangan di antara menjalani ibadah dan kekal aktif. Berikut merupakan 3 cara untuk mencapai keseimbangan di antara masa dan tenaga saya untuk kekal aktif sepanjang Ramadan!
1. AMBIL BERAT TERHADAP TUBUH ANDA
Saya seorang yang aktif dan suka berenang, menembak dan menari. Jadi, saya memahami bahawa tubuh saya tidak berada dalam tahap optimum untuk sesetengah aktiviti semasa berpuasa.
Ini tidak bermakna saya berhenti daripada melakukan apa yang saya suka! Petua saya ialah melakukan aktiviti mengikut kemampuan tubuh anda. Adalah penting untuk saya mengetahui bilakah masanya untuk berhenti supaya tidak berasa letih akibat kehabisan tenaga!
2. CARA YANG BERLAINAN UNTUK KEKAL AKTIF
Setiap orang ada acara tersendiri untuk kekal aktif. Sebab inilah pentingnya untuk kekal aktif dengan tidak terkongkong kepada satu jenis senaman atau sukan!
Secara peribadi, jika saya mendapati tubuh saya tidak dapat mengikuti jadual fizikal seperti biasa, saya akan menggantikan aktiviti tersebut dengan yang aktiviti yang lain. Saya kekal aktif dengan melakukan senaman ringan, kerja rumah, dan kadang-kadang mengikuti bazaar Ramadan bersama keluarga!
3. SUSUN SEMUA JADUAL ANDA
Mengubah jadual harian anda berdasarkan waktu puasa setiap hari mungkin akan membantu, serta mengekalkan tenaga anda sepanjang hari.
JIka anda selalu melakukan aktiviti untuk mengisi masa lapang, anda mungkin perlu mempertimbangkan semula dan hanya lakukannya ketika bertenaga. Masa yang sesuai mungkin sebelum atau selepas berbuka puasa, atau awal pagi sebelum bersahur. Ini mungkin dapat membantu anda kekal aktif tanpa menjejaskan puasa anda!