RASA SEMUDA JIWA SEPERTI SAYA, SHEILA MAJID

Setelah menceburkan diri selama 30 tahun, saya masih berasa dan bergerak semuda jiwa saya seperti hari pertama bergiat dalam bidang seni. Dengan lanjutnya usia, saya belajar untuk menerima hakikat – secara fizikal dan mental. Mahu ketahui rahsia saya? Berikut adalah beberapa cara untuk saya kekal bergerak semuda jiwa.

 

1.      REHAT & PULIHKAN TENAGA SEMUDA JIWA

Tidur yang cukup ialah cara yang paling mudah untuk berasa semuda jiwa. Saya cuba untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari dan bukan sahaja ia menjadikan saya berasa lebih segar pada esoknya, persembahan saya juga bertambah mantap. Jika diamalkan, anda akan berasa lebih bertenaga dan ucapkanlah selamat tinggal kepada mata yang kuyu.

 

2.      KEKAL AKTIF SEMUDA JIWA

Anda tidak perlu melakukan senaman yang berat atau menjadi pengunjung setia gim. Lakukan senaman dan regangan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu adalah baik untuk anda. Walaupun saya mempunyai jadual yang sibuk, saya tetap cuba untuk melakukan senaman pilates. Saya berasa cergas dan bertenaga setiap kali melakukannya. Carilah aktiviti fizikal yang disukai dan jadikannya amalan anda.



3.      PERBAIKI DIRI ANDA

Kadang-kadang kita perlukan perubahan kerana kehidupan sentiasa penuh dengan cabaran dan kita harus mencari jalan untuk terus menyahut cabaran. Saya gembira dengan apa yang saya miliki sekarang, tetapi pada masa yang sama, saya tetap mengharungi cabaran yang baharu dalam kehidupan. Jangan takut untuk memiliki impian yang baru.

 

4.      KEPENTINGAN SENAMAN MINDA

 

Minda juga perlukan senaman, sama seperti tubuh kita. Adalah penting untuk melakukan senaman minda kerana ia dapat melambatkan penurunan kognitif dan juga memperbaiki memori anda. Semasa dalam perjalanan ke destinasi seterusnya, saya luangkan masa untuk mengasah minda dengan teka silang kata atau Sudoku di dalam kereta. Di rumah pula, saya bermain permainan yang dapat merangsangkan minda bersama keluarga. 

 

5.      PEMAKANAN IALAH KUNCI UTAMA

Tiada petua nenek kebayan atau jamu hikmat yang boleh mengekalkan kemudaan anda. Jadi cara untuk kekal muda ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya sentiasa mengamalkan diet yang seimbang. Ini dapat membekalkan nutrien-nutrien penting untuk kekal sihat dan cergas. Jadi, amalkanlah tabiat pemakanan yang sihat dan pastikan anda mengambil diet yang seimbang.

 

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!