Membahagikan masa antara kareer, keluarga dan kekal aktif memang mencabar. Kenapa tidak luangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil kekal aktif? Berikut merupakan caranya!
1. Letak kereta anda jauh sedikit apabila mengambil ahli keluarga terutamanya daripada tempat yang sesak. Anda boleh meluangkan tempoh masa berjalan ke kereta anda untuk berbual tentang hari mereka dan mengukuhkan ikatan emosi anda berdua dan ia juga baik untuk tulang anda. Yang paling seronoknya, anda tidak menghalang jalan dan tidak menambah kesesakan lalu lintas.
2. Gerakkan bahagian betis anda ketika mengemas selepas makan malam di sinki. Angkat badan anda dengan jari kaki dan turunkan badan semula. Buat dengan perlahan dan ulang sehingga pinggan dan mangkuk selesai dibersihkan. Anda juga boleh membuat regangan ringan dengan ibu-bapa anda ketika menonton televisyen. Ia baik untuk anda dan juga mereka!
3. Mahu mengangkat sesuatu yang berat? Jangan hanya mengharapkan mereka yang berbadan besar – dapatkan juga bantuan daripada semua orang. Anda semua akan menjadi lebih kuat bersama, dan tugasan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama!
4. Lawati taman-taman bersama keluarga. Main ‘Kejar-kejar’ dengan anak-anak anda yang aktif di sekeliling taman sebagai cara yang menyeronokkan untuk memperbaiki stamina anda, atau bersiar-siarlah bersama ibu-bapa untuk mengeratkan hubungan dan supaya anda sekeluarga sihat secara fizikal dan juga mental!
Sentiasa ada cara untuk kekal aktif bersama mereka yang tersayang. Sama ada merehatkan diri di waktu petang atau melakukan sesuatu yang hebat ketika hujung minggu, anda akan sentiasa diingatkan bahawa keluarga merupakan tujuan anda untuk kekal aktif. Jangan lupa untuk menggandingkan aktiviti harian anda dengan pengambilan ANLENE™!