SUSU BUKAN HANYA BAIK UNTUK TULANG


Susu merupakan minuman yang kita nikmati sejak kecil lagi. Kita semua sukakan susu sebagai sumber kalsium yang membantu mengekalkan tulang yang kuat.

Tetapi, bagaimana jika anda boleh menikmati segelas susu yang memberikan kebaikan selain untuk kesihatan tulang. Bagaimana jika ia merupakan produk susu yang membekalkan nutrien-nutrien penting yang dirumus secara saintifik untuk membantu anda bebas bergerak dengan bebas dan semuda jiwa anda?

Baca seterusnya untuk ketahui lanjut!

Pernahkah anda bertanya apakah rahsia untuk bergerak semuda jiwa anda? Sebenarnya, anda perlukan kekuatan, kelenturan dan kedinamikan untuk terus bergerak. Kunci untuk bergerak semuda jiwa anda bergantung kepada tulang, sendi dan otot yang kuat.

Oleh itu, bagi membantu anda menjaga tulang, sendi dan otot, anda perlukan kombinasi nutrien-nutrien yang penting.

NUTRIEN-NUTRIEN TULANG
Kalsium dan Vitamin D membantu menyokong tulang yang kuat. Magnesium dan Zink pula penting untuk mengekalkan struktur tulang anda!

KOLAGEN DAN SENDI
Kolagen memang terkenal dengan kebaikannya untuk kulit. Malah, ada di antara kita mengamalkan pengambilannya secara harian. Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa Kolagen merupakan komponen utama dalam pembinaan tulang rawan yang penting untuk pergerakan yang baik.

PROTEIN DAN OTOT
Sesetengah daripada kita gemar mengunjungi gim untuk mendapatkan tubuh yang lebih cergas. Oleh itu, Protein dan Magnesium penting dan diperlukan oleh tubuh untuk menyokong pembinaan dan pemulihan otot anda.

ANTIOKSIDAN DAN VITAMIN-VITAMIN – PENJAGAAN SENDI DAN OTOT
Vitamin C dan E sememangnya terkenal sebagai antioksidan yang berkesan untuk membantu mengurangkan kesan negatif radikal bebas dalam tubuh anda. Vitamin B6 dan B12 pula membantu membebaskan tenaga daripada makanan dan turut menyumbang kepada penjagaan otot anda!

Jadi, jika anda ingin mencari produk yang bersesuaian, cubalah susu yang dirumus khas untuk tulang, sendi dan otot anda!

SEPERTI PAKAIAN YANG DITEMPAH KHAS, ANLENE BAHARU DENGAN MOVEMAX DIRUMUS KHAS UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PERGERAKAN ANDA.
Anlene dirumus dengan MoveMax; rumusan yang mengandungi kandungan nutrien-nutrien penting seperti Kalsium, Vitamin D, Magnesium dan Zink. Selain itu, ia juga membekalkan anda dengan Kolagen Protein dan nutrien-nutrien penting yang lain untuk menjaga kesihatan sendi dan otot anda. Itulah yang anda perlukan demi kebebasan bergerak inilah anda perlu terus bergerak, tanpa mengira usia.

Kini anda telah mengetahui tentang kebaikan Anlene dengan MoveMax. Jadi, dapatkan segera dan cubalah sendiri.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!