AMALAN TABIAT YANG TIDAK SIHAT
Ramai orang bersetuju bahawa mengekalkan tulang yang kuat adalah satu perkara penting yang harus dilaksanakan, tetapi ramai tidak tahu cara untuk melaksanakannya. Mereka mungkin mengetahui bahawa mendapatkan jumlah kalsium dan Vitamin D yang mencukupi dalam diet adalah penting, tetapi mereka tidak menyedari bahawa gaya hidup turut memainkan peranan yang penting.
ALKOHOL
Menikmati satu atau dua koktel selepas seharian bekerja mungkin satu cara yang baik untuk bersantai, tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya ia bertukar menjadi tabiat meminum alkohol yang berlebihan? Tabiat minum sebegini bukan sahaja merbahaya untuk organ seperti jantung, otak dan hati anda, tetapi ia turut memberi kesan negatif ke atas tulang anda.
Pengambilan alkohol yang berlebihan akan memberi kesan ke atas keseimbangan kalsium dengan menjejaskan penghasilan Vitamin D – yang penting untuk penyerapan kalsium. Bagi lelaki, meminum alkohol secara berlebihan akan mengurangkan jumlah testosteron yang dihasilkan, yang akan mengurangkan penghasilan osteoblas, yang penting untuk pembentukan tulang. Hakikatnya, kajian telah menunjukkan bahawa meminum lebih dari dua unit alkohol sehari akan meningkatkan risiko mengalami tulang patah bagi lelaki dan wanita.
Bagi mengekalkan kekuatan tulang anda, anda disyorkan untuk mengurangkan pengambilan alkohol dan minum secara sederhana.
MEROKOK
Kita seringkali menyaksikan protagonis di dalam wayang menyalakan rokok selepas suatu misi berbahaya bagi menenangkan diri mereka, tetapi kesan negatif daripada tabiat buruk ini tidak ditunjukkan kepada kita! Selain daripada dikaitkan dengan masalah pernafasan, merokok juga dikaitkan dengan risiko kanser yang lebih tinggi dan mempercepatkan kehilangan ketumpatan tulang. Sekiranya anda mula merokok semasa usia muda, anda mungkin tidak dapat mencapai puncak jisim tulang yang optimal dan memiliki rangka tulang yang lebih kecil daripada normal. Bagi wanita, merokok lebih membahayakan, khususnya selepas mereka mengalami menopaus kerana ia akan mempercepatkan kehilangan ketumpatan tulang dan menjadikan tulang mereka lebih lemah.
Secara amnya, menghentikan tabiat merokok akan membantu mengekalkan jisim tulang. Tetapi, untuk berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah, jadi anda disyorkan untuk mendapatkan bantuan profesional. Hentikan tabiat ini selangkah demi selangkah dan lama-kelamaan anda pasti akan memiliki tulang yang lebih kuat!
MINUMAN RINGAN/BERKARBONAT
Tiada yang lebih memuaskan daripada sebotol minuman ringan yang sejuk pada hari yang panas untuk menyejukkan diri anda. Walaupun minuman bergula dan berkarbonat ini tidak mahal, ia mungkin memberi kesan apabila kita meminumnya secara berlebihan. Meskipun tiada